Tali-tali harapan

Hanya kerana kebergantunganku, aku merelakan dan memperjuangkan nasibku. Andai saja kupunyai keberanian seperti yang kucanang-canangkan, yang aku lontarkan pada dinding sebagai saksi untuk kesekian kali. Sudah tentu aku leraikan tali-tali berselirat yang telah lama menjerut kerongkong sendiri.

Aku masih tidak cukup kuat, aku masih tidak cukup berani. Rencanaku sungguh tersusun rapi, tetapi takdirku cukup hebat. Hingga setiap perkiraan langkahku yang jauh kehadapan, lekas-lekas meninggalkan aku yang masih termanggu-manggu pada diri sendiri kekal di sini. Tak bergerak walau seinci seperti mahuku.

Lantas aku terfikir, bahawa ini sahajalah cara untuk aku bawa diri ke hadapan, bersama-sama dengan wayar selirat yang semakin kuat mencengkam.

Comments

Popular Posts