Supaya aku kurang disakiti, maka percepatkanlah
Andai aku bisa meminta untuk kausegerakan perpisahan ini. Sudah tentu aku pinta. Kerana aku enggan menyelitkan lagi sekeping kenangan ke dalam foto album milik kita yang sudah menebal. Aku tidak mahu menangis di kemudian hari apabila aku terlalu merindukan engkau yang sudah jauh dari mata -- yang suatu ketika pernah singgah di hati ini.
Sesuatu yang klise apabila sesuatu pertemuan itu punya tragis perpisahan. Kalau aku tahu, lebih baik kita tak bertemu dan lebih baik tidak kenal satu sama lain. Jadi perpisahan itu tidak akan wujud.
Kerana aku tahu - kau akan memulakan kehidupan baru di tempat yang kautidak pernah jejak, menemui suasana baru lantas memenuhi ruang kosong yang pernah kauberi ruang pada aku satu masa dulu kepada orang baru. Itu juga suatu klise yang nyata.
Dan aku pula, menjalani dan menikmati hari-hari suram tanpa engkau lagi. Membiarkan rembesan kenangan membasahi diri, kerana suatu ketika aku pernah membenarkan engkau masuk ke dalam hidup aku. Membiarkan engkau mencipta momen-momen di garis masa hidup aku ketika dahulu. Aku hiraukan semua itu -- sehingga tanpa aku sedar aku sudah tidak memikirkanmu, merindukanmu lagi. Tanpa ada pengganti engkau di sisi gelap aku ini.

Comments
Post a Comment