Percikan
Aku memandang lama pada wajahnya yang penuh dengan senyuman tawar itu. Berkali-kali aku cuba menyelami dasar hatinya namun sering kali juga aku gagal.
Wajahnya tak lekang dengan senyuman. Senyuman yang paling manis aku pernah aku temui dan aku takkan dapat rasa pada mana-mana insan di muka bumi ini.
Jujur aku katakan, hati aku tertambat pada senyumannya saat kali pertama kami bertentangan mata. Hampir-hampir juga aku hendak jatuh tersungkur apabila dia membuka mulut untuk bercerita dan kemudian tersenyum lebar. Menebarkan pelbagai konotasi rasa di seluruh alam dan pelusuk jiwa aku yang meronta-ronta untuk memilikinya.
Namun kali ini senyuman sedikit tawar dan ada sumbingnya. Senyum namun kolam matanya penuh rasa sayu. Apakah yang telah mengacau-bilaukan manis senyumnya sehingga aku dapat merasakan cacat cela pada sekuntum mawar mekar pada bibirnya itu?
"Kau ok?" Aku cuba berbasa-basi dan mencuba-semati-sebaik mungkin untuk memutuskan dia dengan dunia khayalannya yang sudah membawanya menerawang entah ke mana-mana. Dia mengalihkan pandangannya kepadaku dan menatap mataku sebelum kembali tersenyum. Ah, di saat berduka juga masih mampu mengukir senyuman indah pada wajahnya.
"Ok je." Balasnya pendek dan ayat mati membuatkan aku turut mati kutu untuk soalan seterusnya.
"Tengah fikirkan apa sampai...." aku tak tahu menyusun kata. Takut untuk menghabiskan ayat bimbang dikatakan penyibuk pula.
"Sampai apa...?" Dia berteka-teki dan aku sudah duduk termangu. Bukan aku tak biasa dengan dirinya tetapi aku kini berasa malu dan ragu. Nanti apa dikata dalam hatinya. Aku bukanlah boyfriend dia atau sesiapa.
Walhal, aku inginkan dia dengan seluruh hati aku. Malangnya, lamaran aku untuk menjadi kekasih hatinya hanya berlegar di dalam kepala dan tidak diluah sampai kesudah.
"Ada sesuatu yang mengganggu fikiran ke?" Dia memutarkan kepalanya pada sekeliling, entah dengar atau tidak dengan pertanyaan aku tadi. Kali ini aku terdengar sesuatu yang jarang aku dengari dari bibir penuh miliknya. Keluhan nafas yang sangat berat. Bagai menghimpit rapat pada ruang dadanya. Sarat. Berat.
"Kadang-kadang aku terfikir" aku mendiamkan diri dan menumpukan perhatian pada ayat-ayat yang bakal keluar dari mulutnya. Aku menanti dengan penuh sabar. Dia menatap wajahku kembali. Dada aku bagai dipalu gendang. Pandangan sayu namun cukup meluruhkan seluruh iman aku yang cuma senipis bawang.
"Aku rasa diri aku ni macam bunga api. Dicucuh api dan meluncur naik ke atas. Meletup meriah di angkasa pekat malam dan menyebarkan seribu satu warna, untuk beri kegembiraan dan mendatangkan senyuman pada wajah orang lain."
"Kan cantik tu bunga api. Menghiasi atmosfera dengan seribu satu kecantikan." Aku cuba memujinya.
"Tapi kau lupa sesuatu." Aku terdiam untuk menanti ayat seterusnya.
"Dia letupkan diri dia untuk kebahagian orang lain. Akhirnya, letupan yang terhasil memecahkan dirinya menjadi debu yang bersepai di awangan. Turun ke tanah dengan dirinya yang sudah bertukar warna arang."
Aku hanya membiarkan dia berlalu pergi membawa dirinya dan cuba menghadam bait-bait ayat yang dilontarkan pada ruangan perbualan kami. Aku melihatnya berlalu pergi dengan segala duka nestapa yang mula menghitam dalam dirinya. Aku cuma mahu dia tersenyum kembali semanis seperti dulunya. Aku sayang dia.

Comments
Post a Comment