Celaru
Aku sayang pada dia, tapi aku tak pasti jika dia sayang pada aku sama seperti aku menyayangi diri dia. Pertemuan kami adalah tak dijangka. Perkenalan kami secara tak sengaja.
Namun walaupun begitu, bibit sayang itu tumbuh juga. Biar aku cuba elak macam mana pun. Ia tetap ada.
Bezanya, aku dan dia tidak menzahirkan rasa yang hadir itu secara tulus, kerana masing-masing berdiam diri-buat tak tahu-dan berpura-pura kata "aku tak tahu apa itu cinta".
Yang terungkap sekadar rindu yang punya makna. Terkadang terterbit juga rasa cemburu halus bila - dia sebut tentang insan yang itu bukan aku. Malah terlihat juga, rasa sakit hatinya bila aku bercerita tentang manusia yang bukan dirinya.
Apa yang harus aku buat? Menarik diri dari jalinan ini secara tiba-tiba dan membuang dia jauh dari hidup lalu membuat dia rasa benci?
Aku tak sanggup.
Kerana jauh di sudut hati, walau ruangan itu kecil. Aku sayang dia dan aku masih mahu dia ada dalam kehidupan aku meski aku sedar kami takkan saling memiliki sampai bila-bila.
Untuk merasai kehilangan dia dari lingkaran aku, aku tidak mahu secepat itu. Aku belum mahu dia pergi lagi. Masih punya banyak waktu, dan ruangan untuk aku biarkan dia isi walau sekadar cerita sampingan buat aku kenang, ketika aku sendiri dan tak ada punca lagi.

Comments
Post a Comment